SABTU, 24 DISEMBER 2016 @ 10:20
PM
MOHD Amri Yahyah (tiga dari
kiri) mengangkat tiang gol bersama rakan sepasukan ketika menjalani latihan di
Stadium Hang Tuah, selepas berhijrah dari pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ke
Melaka United (MU). - Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Penyerang import
berbisa Melaka United (MU), Ilija Spasojevic yakin skuad Sang Kancil mampu
menamatkan saingan Liga Super musim depan dalam kedudukan lima teratas. Pemain
berusia 29 tahun dari Montenegro yang mengakui saingan di liga utama Malaysia
itu lebih kompetetif dan mencabar berkata, kehadiran jurulatih baharu, Eric
Williams dan beberapa pemain berpengalaman dapat membantu juara Liga Perdana
itu merealisasikan sasaran berkenaan.
"Untuk musim depan, kita
mempunyai lebih banyak pemain baharu yang berkualiti dan berpengalaman, jadi
sudah pasti kami boleh mencapai sasaran itu, namun perlukan sedikit masa untuk
mendapatkan keserasian antara kami.
"Kita juga mendapat
jurulatih baharu yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan saya sudah
berlatih di bawah beliau untuk sebulan. Beliau juga mempunyai corak dan
strategik yang berbeza berbanding jurulatih terdahulu Mat Zan Mat Aris,"
katanya.
Beliau yang fasih berbahasa
Melayu berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Bolasepak
Kebangsaan (ABK) 2016 di sini. Pada majlis itu, Spasojevic yang lebih dikenali
sebagai Spaso berjaya merangkul kasut emas sebagai penjaring terbanyak Liga Malaysia
dan anugerah Penjaring Terbanyak Import (Liga Perdana) selepas meledak 24 gol
sepanjang musim ini.
Beliau yang mempelajari Bahasa
Melayu ketika bermain selama lima tahun di Indonesia, berkata Eric mempunyai
perancangan untuk menukar taktikal perlawanan MU yang sebelum ini menggunakan
format 4-2-3-1.
Spaso turut yakin kehadiran
kapten pasukan kebangsaan, Mohd Amri Yahyah dan pemain import berasal dari
Argentina, yang sebelum ini beraksi untuk kelab Tatabanya di Hungary, Sergio
Aguero dapat memantap skuad itu untuk mengancam barisan pertahanan lawan.
Selain tiga penyerang itu,
skuad Sang Kancil itu juga mempunyai Mohd Fauzi Roslan, Nurshamil Abd Ghani dan
Izzaq Faris Ramlan yang boleh memberikan kelebihan kepada pasukan itu untuk
mendapatkan kemenangan.
Melaka United dijangka
mengadakan aksi persahabatan pramusim menentang Negeri Sembilan pada 29
Disember ini sebelum mengharungi Jelajah Kemboja sebagai persediaan untuk Liga
Super yang bakal membuka tirai pada 21 Januari ini. - BERNAMA DISYORKAN
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/226930
Tiada ulasan:
Catat Ulasan