SABTU, 24 DISEMBER 2016 @ 11:07
AM
Oleh Nazri Abu Bakar bhsukan@bh.com.my
PENYERANG sensasi Melaka United
(MU) Amri Yahyah. - Foto Osman Adnan MELAKA: Penyerang sensasi Melaka United
(MU) Amri Yahyah bakal beraksi buat pertama kali untuk skuad terbabit berdepan
PKNP FC pada aksi persahabatan pra musim di Stadium Hang Tuah petang ini.
Jurulatih MU, Eric Willams berkata, pemain itu akan diberi peluang untuk
penampilan pertamanya bersama pasukan berkenaan selepas menyertai skuad Hijau
Putih Selasa lalu.
Menurut Williams, dia mungkin
menurunkan Amri pada babak untuk bergandingan dengan Sergio Aguero dan Ilja
Spasojevic bagi memantapkan persembahan pasukan, namun kesemuanya terletak
kepada situasi terakhir menjelang perlawanan.
Kehadiran Amri dengan aksi
terbaiknya amat penting dalam menyemarakkan sokongan peminat kepada pasukan
berkenaan selain pastinya penyokong amat teruja untuk melihat dia beraksi.
Williams juga bercadang menguji semua pemainnya bagi menilai prestasi dan
kemampuan masing-masing berikutan terdapat pemain tidak diturunkan ketika aksi
persahabatan pertama bertemu FELCRA FC di gelanggang sama sebelum ini.
"Saya juga akan menggabungkan pemain dari
kedua-dua babak perlawanan ketika berdepan FELCRA FC pada aksi persahabatan
sebelum ini, di mana pada aksi terbabit saya menurunkan kesebelasan berbeza
pada setiap 45 minit," kata Williams.
"Apa yang saya harapkan
adalah pemain-pemain mampu menterjemahkan apa yang sudah direncana pada setiap
sesi latihan. Malah saya berkeyakinan mereka mampu melakukan yang
terbaik." Perlawanan berkenaan dilihat sebagai kesempatan terbaik buat
Williams mengenalpasti kesebelasan utama menjelang saingan Liga Malaysia 2017.
Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/226817
Tiada ulasan:
Catat Ulasan