Isnin, 27 Mac 2017

Melaka bersedia awal

ARKIB : 22/01/2003
PERSATUAN Bolasepak Melaka (MAFA) yang menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-79 tahun ini, akan mengadakan pertandingan bola sepak empat penjuru bermula, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan, Datuk Yahaya Koming berkata, pertandingan itu melibatkan empat pasukan Ñ Melaka, Pahang, Brunei dan pasukan bawah 23 tahun Singapura.

``Ini adalah pembuka tirai kepada sambutan Jubli Intan sempena penubuhan MAFA pada tahun 1924,'' katanya dalam satu kenyataan di Melaka, semalam.

Beliau berkata, kesanggupan Pahang dan Brunei menyertai pertandingan itu adalah sebagai persiapan menghadapi pertandingan liga perdana tahun ini.

``Bagi Melaka, ia diharap akan menguji kekuatan pasukan di bawah jurulatih kelahiran Iran, Bahman Foroutan sejak sebulan lepas,'' katanya.

Yahaya berkata, Melaka sebelum ini telah mengadakan tiga perlawanan persahabatan dan menang sekali dengan Polis 4-1, dan kalah kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (0-1) dan Negeri Sembilan (2-3).

Katanya, melalui perlawanan itu, pihak pengurusan pasukan telah mengenal pasti kelemahan pasukan.

Dalam perlawanan pembuka tirai hari ini, Singapura akan bertemu Pahang pukul 7.45 malam di Stadium Hang Tuah, diikuti Melaka menentang Brunei pukul 9.45 malam.

Esok, Brunei menentang Singapura pukul 7.45 malam, diikut pertemuan Melaka dan Pahang. Pada Jumaat, Brunei akan menentang Pahang dan Melaka bertemu Singapura.

Perlawanan akhir akan diadakan Ahad ini pukul 8.45 malam. - Bernama
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4cW67cmdL

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan