ARKIB : 17/06/2000
MELAKA memulakan kempen
pusingan kedua bola sepak Liga Perdana Dua dengan merampas semula takhta
teratas dari Kedah apabila menang 5-1 ke atas JKR Kelantan di Stadium Kubu,
semalam.
Ia sekali gus menebus kekalahan
2-1 di tempat lawan minggu lalu. Abdul Karim Rahman memulakan pesta gol tuan
rumah dengan jaringan seawal minit keempat.
Ketua pasukan JKR Kelantan,
Hashim Mustapha menjaringkan gol tunggal pasukannya pada minit ke-30.
Melaka menambah gol kedua
menerusi Mohd. Ayob Alias pada minit ke-45 diikuti jaringan S. Arumugam, enam
minit bermula babak kedua. Pemain gantian, Sri Jaafar A. Rahman mencuri tumpuan
apabila menjaringkan gol keempat dan kelima Melaka pada minit ke-81 dan ke-83.
Johor FC mencatatkan kemenangan
ketiga apabila menewaskan KL Malay Mail 1-0 di Stadium Pasir Gudang dalam
perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh tuan rumah.
Johor FC bagaimanapun terpaksa
menunggu sehingga minit ke-67 untuk mendapat gol kemenangan melalui tendangan
kencang Harun Laban.
Sementara itu, NS Chempaka
hanya mampu seri 0-0 dengan Kelantan di Stadium Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi dalam perlawanan yang membosankan.
Kedah dan TNB Kelantan turut
seri 0-0 dalam permainan hambar di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Sementara itu, Tentera dan
Telekom Melaka seri 1-1 di Stadium KLFA di Cheras.
Telekom Melaka lebih dulu
mengejutkan tuan rumah apabila Rosli Hasyim berjaya menghasilkan gol pada minit
ke-36, tetapi berjaya dibalas oleh Endrew Lawadin pada minit ke-56 untuk
Tentera.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4UiRUGqWC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan