17 DISEMBER 2016
Amri Yahya sah bersama dengan
Melaka United Presiden Melaka United yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri
Idris Haron (kiri) bergambar bersama Pemain Baharu Bolasepak Melaka United Mohd
Amri Yahya (tengah) selepas menandatangani kontrak Melaka United (MU) bersama
Kapten Skuad Kebangsaan tersebut semalam. - Foto Bernama
PENYERANG kebangsaan Mohd Amri
Yahyah mengikat kontrak setahun bersama Juara Liga Perdana, Melaka United, bagi
memantapkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim
hadapan.
Amri, 35, yang dilepaskan oleh
pasukan lamanya, Johor Darul Ta'zim (JDT) dilihat sebagai sandaran untuk
membantu pasukan barunya itu mencapai kejayaan terutama apabila pasukan itu
akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
Pemain itu mengakui tawaran
yang diberikan kepadanya sukar untuk ditolak walaupun jauh disudut hatinya
ingin kembali menabur bakti ke negeri kelahirannya, Selangor.
"Sebenarnya selepas tamat
kontrak bersama JDT, saya menantikan tawaran daripada Selangor tetapi selepas
Melaka datang memberikan tawaran, saya tidak menunggu lama untuk membuat
keputusan.
Secara peribadi saya percaya
ini adalah pilihan tepat kerana Melaka merupakan pasukan yang dahagakan kejayaan
dan mereka sudah membuktikan kecemerlangannya sejak dua musim lalu,"
katanya selepas mendatangani kontrak secara rasmi bersama pasukan MU di sini
hari ini.
Sementara itu, Ketua Menteri
Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Presiden Melaka United hadir bagi
menyaksikan majlis menandatangani kontrak itu yang berlangsung di sebuah hotel
di sini.
Beliau menegaskan walaupun Amri
digelar 'Kuda Tua' oleh sesetengah pihak namun ia tidak menjejaskan keyakinan
MU terhadap kebolehan pemain itu.
"Dia merupakan pemain yang
berkualiti selain pengalaman luas di dalam bola sepak dan agak sukar buat kami
untuk tidak mengemukakan tawaran kepadanya.
Peluang mendapatkan khidmatnya
adalah sesuatu yang sukar ditolak dan saya percaya dia merupakan pemain yang
memiliki keupayaan setara dengan pemain muda berdasarkan kepada kekuatan mental
yang dimilikinya," katanya.
Sepanjang kariernya, Amri sudah
menjulang pelbagai trofi kejuaraan termasuk Piala AFC, selain tiga kejuaraan
Liga Super berturut-turut dan Piala FA bersama JDT. - Bernama
SUMBER- SINAR HARIAN
ONLINE 17 DISEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan