Isnin, 26 Jun 2017

Melaka dapat habuan



ARKIB : 07/06/2006

ANGGOTA skuad bola sepak Melaka yang bakal bersaing merebut trofi Liga Perdana, mendapat ganjaran wang tunai dan sebuah telefon bimbit jenama Minimo edisi khas atas kejayaan menjuarai Kumpulan B dan menyertai Liga Super, musim depan.

Pengurus Besar Cubic Electronics Sdn. Bhd., penaja utama pasukan, Datuk Goh Seng Chong berharap ganjaran itu mampu dijadikan penyala semangat mereka untuk menewaskan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Star pada 17 Jun ini.

Kali terakhir Melaka memenangi gelaran terbesar bola sepak tempatan ialah sebagai juara liga pada 1993 dan jurulatihnya, E. Elavarasan menganggap tarikh tersebut satu peluang keemasan mereka untuk mengakhiri penantian itu.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4lAYALp4c
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan