Ahad, 25 Jun 2017

Melaka terus menyerlah



ARKIB : 08/04/2006
Ads by Kiosked

KUALA LUMPUR - Beraksi dengan sepuluh pemain tidak menghalang Melaka terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Kumpulan B apabila mudah menewaskan saingan terdekat PKNS 2-1 di Stadium Petaling Jaya di sini, semalam.

Melaka terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila pertahanannya, Fernando Aspindola dilayangkan kad merah pada minit ke-38 selepas dia mengkasari pemain PKNS.

Tempoh aksi 52 minit dengan kekurangan pemain tidak menghalang Melaka memahatkan kemenangan bermakna buat mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu mengutip 33 mata.

Kedudukan Melaka tidak akan tercabar apabila dua lagi perlawanan Kumpulan B akan berlangsung malam ini.

Begitupun tuan rumah PKNS mengejutkan Melaka dengan gol pendahuluan seawal minit keenam menerusi penyerangnya, Elvis Coric.

Melaka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-39. Penyerang, Gustavo Fuentes tidak menghadapi masalah menolak masuk gol mengikat kedudukan 1-1.

Tempang selepas Aspindola dibuang padang, rentak permainan Melaka tidak terjejas dan Hardi Ahmad meletakkan PKNS 2-1 hasil ledakkan kencang pada minit ke-48.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur , Shariful Hisham muncul hero apabila jaringan tunggalnya membantu Kuala Lumpur menewaskan Shahzan Muda 1-0.

Dengan kemenangan itu, Kuala Lumpur mengutip 23 mata manakala Shahzan Muda kekal dengan 16 mata.

Gol Kuala Lumpur dijaringkan oleh Shariful pada minit ke-59.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4l0teVS7g
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan