M JEFFRI RAZALI
24 FEBRUARI 2017
MU perlu teruskan momentum
kemenangan Melaka United ditagih teruskan momentum kemenangan dalam pertemuan
dengan Pahang malam minggu ini
MELAKA United perlu meneruskan
momentum tiga kemenangan berturut-turut dalam usaha memastikan mereka dapat
bersaing dengan Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam esok
(Sabtu).
Malahan, pertemuan berkenaan
yang dianggap sebagai yang paling mencabar setakat ini adalah penting dalam
memastikan misi skuad Hang Tuah untuk terus mendaki kedudukan liga tidak
terbantut.
Turun selepas mencatatkan
kemenangan ke atas Sarawak dan Kelantan di gelanggang lawan serta menewaskan
PKNS FC dalam saingan Piala FA semestinya diharapkan dapat menyuntik semangat
baharu kepada pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Eric Williams, ini.
Menurut Presiden Persatuan Bola
Sepak Melaka United (Musa), Datuk Seri Idris Haron, kemenangan Melaka United
dalam tiga perlawanan terakhir sebelum ini perlu dijadikan sebagai pendorong
untuk mereka menyaingi pasukan Tok Gajah.
Menurutnya, kemampuan
menewaskan The Red Warrior 2-0 di hadapan lebih 10,000 penyokong mereka di
Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu jelas membuktikan keupayaan Melaka United
bersaing dengan pasukan yang lebih ternama.
"Saya percaya kemenangan
ke atas Sarawak telah memberi keyakinan kepada pemain untuk memberikan yang
terbaik ketika menentang Kelantan.
"Sekarang mereka perlu
pula menjadikan kemenangan itu semua sebagai azimat dan pembakar semangat untuk
berhadapan Pahang," katanya.
Melaka United kini menghuni
tangga ketujuh liga dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan dua
kalah manakala Pahang menduduki tempat kedua liga dengan 10 mata hasil tiga
kemenangan, satu seri dan satu kalah.
Sumber-sinar harian online 24
FEBRUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan