M JEFFRI RAZALI
3 FEBRUARI 2017
Melaka United nampak kelebihan
saingan malam esok Pemain Melaka United sedang menjalani latihan di Stadium
Hang Tuah sebagai persiapan berhadapan The Bos Gaurus.
PERTEMUAN Melaka United dengan
Perak di Stadium Ipoh malam esok (Sabtu) tanpa
kehadiran penyokong kedua pasukan dilihat akan memberi sedikit kelebihan
kepada skuad Hang Tuah.
Ini ekoran keputusan Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengarahkan perlawanan dilangsungkan tanpa
penyokong akibat kekecohan yang ditimbulkan penyokong The Bos Gaurus semasa
satu perlawanan Liga Super musim lalu.
Pengurus Melaka United, Datuk
Mohd Yusoff Mahadi berkata, ketiadaan penonton akan membolehkan pemain skuad
Hang Tuah beraksi tanpa sebarang tekanan,
terutama dari penyokong fanatik Perak.
Meskipun mengakui keadaan ini
juga akan menyebabkan Melaka United tidak
mendapat sokongan ratusan peminat yang sebelum ini dijangka akan
berkunjung ke Ipoh, namun beliau percaya
anak buah Eric Williams akan berjaya mempamerkan persembahan yang lebih kemas.
"Ini merupakan peluang
terbaik kita untuk bermain tanpa tekanan dan mengatasi Perak untuk membawa
pulang tiga mata penuh.
"Walaupun tanpa tekanan
saya mahu pemain memberikan tumpuan dan
meneruskan momentum mereka selepas berjaya mengikat Selangor 1-1 minggu
lalu," katanya.
Sementara itu, walaupun
sependapat bahawa bermain tanpa penyokong akan mengurangkan tekanan kepada
pemain, Williams berkata, bukanlah suatu
tugas mudah untuk menundukkan The Bos Gaurus.
Sambil mengakui Perak merupakan
lawan sukar, beliau turut mengganggap The
Bos Gaurus sebagai antara pasukan pilihan yang bakal menyerlah pada
saingan Liga Super musim ini.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 3
FEBRUARI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan