ARKIB : 07/06/2006
ANGGOTA skuad bola sepak Melaka
yang bakal bersaing merebut trofi Liga Perdana, mendapat ganjaran wang tunai
dan sebuah telefon bimbit jenama Minimo edisi khas atas kejayaan menjuarai
Kumpulan B dan menyertai Liga Super, musim depan.
Pengurus Besar Cubic
Electronics Sdn. Bhd., penaja utama pasukan, Datuk Goh Seng Chong berharap ganjaran
itu mampu dijadikan penyala semangat mereka untuk menewaskan Kedah di Stadium
Darul Aman, Alor Star pada 17 Jun ini.
Kali terakhir Melaka memenangi
gelaran terbesar bola sepak tempatan ialah sebagai juara liga pada 1993 dan
jurulatihnya, E. Elavarasan menganggap tarikh tersebut satu peluang keemasan
mereka untuk mengakhiri penantian itu.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4lAYALp4c
© Utusan Melayu (M) Bhd