Sabtu, 2 Februari 2019 | 11:36pm
Melaka menang tipis ke atas PJ City
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Melaka United (MU) terpaksa bekerja keras sebelum melakar
kemenangan tipis 2-1 ke atas PJ City pada aksi Liga Super di Stadium Hang
Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.
Pemain import dari Brazil, Anselmo Casagrande memiliki peluang membuka
tirai jaringan untuk MU namun percubaannya pada minit ke-16 dan 31 gagal
menerjah gawang pelawat.
Krasniqi meledak gol pertama MU musim ini pada minit ke-36 menerusi sepakan
gunting menewaskan penjaga gol PJ City, Mohd Muhaimin Mohamad.
Tuan rumah terus memperkukuh kedudukan menerusi gol kedua hasil tandukan
kencang Casagrande pada minit ke-44 selepas menerima hantaran lintang Krasniqi.
Bersambung babak kedua anak buah jurulatih K Devan bijak mengubah corak
permainan dengan mereka mula memperolehi keyakinan untuk memberi saingan kepada
skuad Hang Tuah.
Hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang menerusi rembatan kencang R
Barathkumar pada minit ke-58 menewaskan penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi
Che Mat.
SUMBER-BERITA HARIAN
ONLINE Sabtu, 2 Februari 2019 | 11:36pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan