MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
BEKAS pemain Kedah, Liridon Krasniqi tidak menunggu lama untuk mencetak gol
bersama pasukan barunya Melaka United apabila menang 2-1 ke atas PJ City pada
aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.
Krasniqi, yang mewakili Melaka selepas dipujuk jurulatih Zainal Abidin
Hassan, membuka tirai jaringan pada minit ke-36 menerusi sepakan gunting yang
menewaskan penjaga gol pelawat, Muhaimin Mohamad.
Lebih menarik, Krasniqi turut terbabit bagi gol kedua Melaka apabila
hantaran lintangnya seminit sebelum rehat ditanduk masuk penyerang import dari
Brazil, Casagrande untuk mengukuhkan kedudukan.
Pada babak kedua, PJ City yang sebelum ini dikenali sebagai MIFA, bangkit
memberikan saingan dan anak buah K Devan berjaya merapatkan jurang sekalipun
gagal mencari gol penyamaan.
Rembatan kencang R Barathkumar pada minit ke-58 menyaksikan penjaga gol
berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat tertewas juga akhirnya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 12:24 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan