Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.cpm.my
SELEPAS kempunan mendapatkan
khidmat Mohammed Ghaddar, kekecewaan Melaka United (MU) terubat apabila bekas
penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bersetuju memperkuatkan skuad Hang
Tuah musim depan.
Setiausaha Agung Persatuan
Bolasepak Melaka United (MUSA), Noor Azman Rahman berkata, pemain kelahiran
Kelantan yang pernah beraksi bersama Perak, Perlis, Kelantan, Kedah dan FELDA
United itu bersetuju menandatangani kontrak setahun.
“Saya yakin pengalaman luasnya
mampu mempertajamkan jentera serangan skuad kendalian Eduardo Almeida.
“Malah, rekod cemerlang dan corak
permainannya yang efektif serta bijak memburu jaringan mendorong pengurus
pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi merestui pemilihannya,” katanya selepas majlis
menandatangani kontrak di Bilik Media MUSA, petang ini yang turut disaksikan
Yusoff dan Almeida.
Noor Azman berkata, pihaknya
tidak menolak kemungkinan akan menawarkan kontrak lanjutan sekiranya Ahmad
Fakri memperagakan prestasi cemerlang.
Sebelum ini, MU turut menarik
semula penyerang yang dipinjamkan ke Selangor musim ini, Nurshamil Abd Ghani
kembali ke pangkuan pasukan selain kehadiran R Gopinathan bagi memperkasakan
jentera serangan skuad Hang Tuah.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 24 November 2017 @ 6:09 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan