Sabtu, 29 Februari 2020

Apek nekad bantu Melaka United

| | 28 Februari 2020


Khairul Fahmi Che Mat
MELAKA- Penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat berazam untuk meningkatkan prestasinya menjelang aksi sulung perlawanan Liga Super 2020 esok, seterusnya mempertahankan posisinya dalam kesebelasan utama.


Bekas penjaga gawang kebangsaan yang lebih dikenali dengan panggilan 'Apek' itu berkata beliau akan bangkit membantu pasukannya merealisasikan impian merangkul sebarang piala dalam Liga Super meskipun sebelum ini beliau berehat panjang akibat kecederaan di bahu dan tumit.

"Kali pertama Melaka United dapat piala ialah pada Liga Perdana, sepanjang penyertaan di Liga Super tidak pernah menang apa-apa dan harapan kita tahun ini untuk layak beraksi dalam perlawanan akhir dan sekurang-sekurangnya menang satu piala.

"Sebagai pemain dalam pasukan, kami pasti akan memberi yang terbaik untuk Melaka United pada saingan musim ini dan berharap semua berjalan dengan lancar," katanya kepada Bernama.

Skuad kendalian Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan itu bakal bertemu UITM FC pada perlawanan pertama Liga Super musim ini di Stadium UiTM Shah Alam, malam esok.

Khairul Fahmi berkata semangatnya untuk menabur bakti bersama skuad kebangsaan masih membara namun beliau mahu membuktikan kemampuannya pada saingan Liga Super.

Katanya kehadiran penjaga gawang baharu yang dibawa masuk ke dalam skuad Sang Kancil iaitu Norazlan Razali selain rakannya Ahmad Solehin Mamat yang masih dikekalkan itu dilihat menyempurnakan persediaan pasukan selain membentuk saingan sihat.

"Apa-apa pun saya perlu rebut dahulu tempat dalam Melaka United dan akan berusaha dengan gigih untuk pasukan," katanya.

Sementara itu, Norazlan berkata beliau percaya dengan kemampuan Melaka United selain pengurusan yang ada akan membantu perjalanan pasukan lebih lancar dan menjaga kebajikan para pemain.

"Kita harap dapat memberi yang terbaik dan bantu pasukan ini menyerlah sekali gus mencapai sasaran," katanya.
 SUMBER-https://www.sinarharian.com.my/article/71829/BERITA/Sukan/Apek-nekad-bantu-Melaka-United

Ahad, 23 Februari 2020

Merecik 'hawau' jersi Melaka

MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
TIGA warna jersi baharu menjadi pilihan Melaka bagi saingan Liga Malaysia selepas ianya dilancarkan di Bandar Hilir sebentar tadi.

Warna terbabit membabitkan hijau, hitam emas, dan putih merah sebagai warna rasmi bagi saingan musim ini.

Pada majlis pelancaran dan pengenalan pemain disempurnakan Ketua Menteri, Adly Zahari itu menyaksikan warna keramat hijau sebagai warna jersi utama diikuti jersi kedua hitam emas dan jersi ketiga, putih merah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li berkata, pemilihan warna hijau sebagai jersi tuan rumah bagi saingan kali ini adalah hasil daripada perbincangan dengan penyokong yang mahukan warna itu dikembalikan sebagai warna rasmi dan bukannya putih seperti musim lalu.

“Kami mengambil kira cadangan dan ulasan penyokong, justeru kita kembalikan warna hijau. Anda boleh lihat ada banyak warna hijau berlainan kita gabungkan sekali dalam jersi ‘home’ dan ianya menjadikannya lebih menarik.

”Bagi saya, jersi kali ini adalah yang terbaik dan tercantik di Malaysia dan saya sangat berpuas hati,” katanya di sidang media selepas pelancaran.

Menariknya, majlis perasmian pelancaran pada jam 2.22 petang (22.2.2020) itu dianggap sebagai petanda Melaka menyasarkan tidak kurang daripada nombor dengan nada berseloroh.

”Ia satu sasaran yang realistik sebenarnya. Tapi apa pun, kita berharap paling tidak kita dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala,” katanya lagi.

Bagi saingan kali ini, MU bakal menggunakan jersi keluaran Al-Ikhsan Sport yang mana harga jersi berkenaan ialah RM99.00 yang boleh didapati di mana-mana outlet Al-Ikhsan seluruh negara.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 6:50 PM


Sabtu, 22 Februari 2020

Kuala Lumpur tidak kecewa

MyMetroArena
 
Mohd Rafi Mamat
sukanteam@nstp.com.my
PERTEMUAN persahabatan dengan pasukan Pahang di Stadium Darulmakmur, malam tadi membongkar kelemahan yang masih terdapat dalam skuad Kuala Lumpur sebelum aksi pertama saingan Liga Perdana, minggu depan.

Ini ditegaskan ketua jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berpuas hati dengan pertemuan pemanas badan itu walaupun skuad bimbinganya tewas 1-3 kepada tuan rumah yang sememangnya memiliki banyak kelebihan.

Katanya, pada lapan perlawanan persahabatan sebelum ini skuad The Hawks mencatat kemenangan bergaya membenam semua lawan yang bertindak menurunkan barisan pemain simpanan.

Namun pada pertemuan dengan Tok Gajah malam tadi katanya, tuan rumah tampil menurunkan kesebelasan utama termasuk kelibat lima pemain import.

“Saya berpuas
Beliau berkata, akan berusaha memperbaiki beberapa kelemahan sebelum berhadapan perlawanan pertama bertemu Kelantan di tempat lawan pada Sabtu minggu depan.

Mohd Nidzam berkata, dia menaruh sepenuh kepercayaan kepada barisan pemain yang ada mampu mengalas cabaran The Hawks musim ini, kelibat pemain senior Indra Putra Mahyuddin dan Shukor Adan terus ditagih untuk menjadi kemudi pada setiap perlawanan dilalui.

“Saya berharap misi mencatat kejayaan membanggakan pada saingan Liga Perdana musim ini menjadi kenyataan dalam usaha menempati diri dalam kancah Liga Super tahun depan.

“Cabaran Liga Super tidak terlalu berat jika dibandingkan dengan kempen Liga Super yang membariskan pasukan terbaik negara,” katanya yang ingin menjulang Piala Liga Perdana bersama pasukan The Hawks.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 6:59 PM

Jumaat, 21 Februari 2020

Kelab penyokong yakin prestasi Melaka

MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
KELAB penyokong bola sepak Melaka yakin skuad terbabit mampu meraih sekurang -kurangnya satu gelaran kejuaraan musim ini.

Pengerusi kelab penyokong Demi Melaka United (DMU) Mohamad Odiyas Onan berkata, ianya berdasarkan barisan pemain yang disenaraikan kali ini dilaihat antara yang terbaik berbanding musim sebelumnya.

Katanya, daripada senarai penjaga gol, pertahanan tengah dan serangan kesemuanya memiliki barisan berpengalaman dan trek rekod yang positif untuk membantu kejayaan pasukan.

Menurutnya, diatas kertas semuanya dilihat menarik gah dan mantap justeru tiada alasan untuk persembahan kurang menyakinkan.

“Malah aksi mereka sepanjang pramusim juga dilihat amat memberangsangkan termasuk mengatasi Sarawak 4-1 di Kuching.

“Dilengkapi lima import yang memenuhi kuota juga antara persediaan rapi skuad berkenaan yang turut memiliki pemain berpengalaman yang pernah memaju skuad negara termasuk Safiq Rahim, Khairul Fahmi Che Mat, Razman Roslan dan Norazlan Razali,”katanya.

Sehubungan itu, beliau amat mengharapkan taktikal terbaik akan diterapkan jurulatih Zainal Abdin Hassan bagi memenuhi sasaran terbabit.

Sementara itu, pengerusi Kelab Penyokong Melaka United (KPMU) Mohd Fairuz Mohd Sirat berkata, beliau yakin skuad berkenaan mampu menduduki sekurang-kurangnya tiga tempat teratas liga Super musim ini.

Beliau berkata, perlawanan pertama berdepan UiTM FC di Shah Alam menjadi pengukur kepada keupayaan sebenar skuad berkenaan.

Malah pada dasarnya skuad ini mampu meraih tempat sebagai pasukan elit di Liga Malaysia untuk memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kelihatan begitu gah namun dalam masa Melaka masih mampu mengintai salah satu piala kejuaraan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Februari 2020 @ 7:31 PM

Isnin, 10 Februari 2020

Fakri tunjang serangan MU

MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.cpm.my
SELEPAS kempunan mendapatkan khidmat Mohammed Ghaddar, kekecewaan Melaka United (MU) terubat apabila bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani bersetuju memperkuatkan skuad Hang Tuah musim depan.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Noor Azman Rahman berkata, pemain kelahiran Kelantan yang pernah beraksi bersama Perak, Perlis, Kelantan, Kedah dan FELDA United itu bersetuju menandatangani kontrak setahun.

“Saya yakin pengalaman luasnya mampu mempertajamkan jentera serangan skuad kendalian Eduardo Almeida.

“Malah, rekod cemerlang dan corak permainannya yang efektif serta bijak memburu jaringan mendorong pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi merestui pemilihannya,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak di Bilik Media MUSA, petang ini yang turut disaksikan Yusoff dan Almeida.

Noor Azman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menawarkan kontrak lanjutan sekiranya Ahmad Fakri memperagakan prestasi cemerlang.

Sebelum ini, MU turut menarik semula penyerang yang dipinjamkan ke Selangor musim ini, Nurshamil Abd Ghani kembali ke pangkuan pasukan selain kehadiran R Gopinathan bagi memperkasakan jentera serangan skuad Hang Tuah.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 6:09 PM

Melaka ikat pemain Thailand

MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my

KEHADIRAN import kelima kelahiran Thailand, Narupon Wild Putsorn, 31, dalam skuad Melaka mampu memperkasa skuad itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula tidak lama lagi.

Jurulatih skuad berkenaan, Zainal Abidin Hassan berkata, pemain terbabit yang turut diuji dalam perlawanan persahabatan berdepan Terengganu FC II di Stadium Hang Jebat malam tadi menampilkan persembahan membanggakan.

Katanya, walaupun baharu tiga hari menyertai pasukan permainannya dilihat matang dan meyakinkan.

"Kami sedang membentuk persefahaman yang lebih jitu membabitkan pemain itu dengan semua rakan sepasukan.

Malah persembahan permainannya dilihat amat memberangsangkan.

"Apapun beberapa kelemahan yang ada pada aksi terbabit akan terus diperbaiki pada sesi latihan dan dua perlawanan persahabatan selepas ini," katanya.

Sebelum iini, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) memaklumkan Narupon Wild Putsorn sah menyertai skuad Hang Tuah sekali gus mengisi import kelima bagi kuota Asean.

Narupon yang mesra dikenali Nazza yang beraksi di posisi pertahanan tengah dan tengah bertahan sebelum ini bermain di Thai League 1.

Nazza memulakan kariernya di Thailand bersama Bangkok United pada 2013 sebelum menyertai beberapa kelab terkemuka negara itu termasuk Songkhla United, BBCU, Buriram United, Suphanburi dan Nakhon Ratchasima.Dia yang juga antara produk pembangunan liga kelab Wales, The New Saints (TNS) pernah membantu TNS menjuarai Welsh Premier League dan FAW Premier Cup pada musim 2006/2007.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 1:42 PM