Rabu, 18 Disember 2019

Zainal mampu lonjak Melaka

Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Legenda bola sepak negara, Ramli Junit yakin Zainal Abidin Hassan mampu membimbing Melaka United (MU) muncul sebagai pencabar utama Liga Super musim depan dan melahirkan lebih ramai bakat muda ke pentas lebih tinggi.

Baginya, nama besar dimiliki bekas pengendali Selangor itu secara tidak langsung menyuntik motivasi pemain, selepas dikatakan menjadi calon pilihan untuk mengambil alih tugas jurulatih musim ini, E Elavarasan.

Katanya, pengalaman luas Zainal, termasuk pernah melatih skuad remaja kebangsaan, The Red Giants, Pahang serta Pulau Pinang mampu menjadi panduan buatnya untuk membentuk skuad yang lebih mantap pada musim 2019.

"Bukan mudah untuk merangka pasukan selepas peninggalan Elavarasan. Jadi, rekod baik Zainal pastinya tidak membimbangkan penyokong setia untuk melihat skuad ini kekal bersaing di liga utama, bahkan lebih digeruni.

"Satu keistimewaan bekas pemain pertahanan dan penyerang kebangsaan itu adalah pengalamannya sebagai pemain era 1980-an dan 90-an yang boleh mendidik bakat baharu menjadi bintang besar.

"Malah, sudah sampai masanya lebih ramai pemain muda diberi tanggungjawab kerana sudah lama Melaka tidak memiliki bakat muda yang boleh diketengahkan ke peringkat Liga Super seperti Kedah," katanya.

Kehadiran Zainal pasti memberi impak kepada pasukan selain meningkatkan perkembangan ke arah pembentukan bakat baharu yang pernah dilahirkan Melaka di Liga Malaysia sebelum ini.

Antaranya ialah Shukor Adan, Sapian dan Mazlan Wahid, Mohd Noor Derus, Datuk Ong Kim Swee, selain era kecemerlangan Datuk Soh Chin Aun, G Torairaju, Jantan Ali dan Akop Itam.

Namun, sejak beberapa tahun, Melaka gagal dapat melahirkan pemain muda untuk diketengahkan, sebaliknya bergantung kepada kitaran pemain bukan anak jati negeri itu.

NSTP sebelum ini melaporkan Zainal kian hampir mengisi kekosongan yang ditinggalkan Elavarasan.

Setakat ini, Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) yang juga Ketua Menteri, Adly Zahari sudah memberikan lampu hijau kepada pasukan untuk mendapatkan Zainal selaku jurulatih baharu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 November 2018 @ 11:13 AM


Selasa, 10 Disember 2019

PENJARING MELAKA DALAM LIGA SUPER 2019


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1        Patrick Reichelt      10
2        Luka Milunovic      7
3        Davy Angan           3
4        Nazrin Nawi           3
5        Safiq Rahim            3
6        Casagrande             2
7        Darko Markovic      2
8        Shukor Adan           2
9        Jang Suk-won         1
10      Liridon Krasniqi      1.[1]


[1] https://www.ligamalaysia.net/p/mhtmlelaka-united.

Sabtu, 23 November 2019

Safiq Rahim kekal bersama Melaka United

BERNAMA | | 22 November 2019
 
Gambar yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Melaka United hari ini.
KHIDMAT bekas kapten negara, Safiq Rahim terus ditagih Melaka United, bagi membantu pasukan negeri Hang Tuah itu untuk satu musim lagi bagi mengharungi saingan Liga Super musim 2020.

Pemain tengah itu mengikat kontrak semusim, bersama skuad Sang Kancil dalam satu majlis yang turut disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Damian Yeo Shen Li.

Safiq yang ditemui Bernama berkata, persetujuan itu dicapai, selepas rundingan selama seminggu bersama persatuan berkenaan, untuk beliau terus menyarung jersi Melaka United.

"Syukur Alhamdulillah, hari ini saya masih bersama pasukan, selepas sama-sama berbincang dan memilih untuk bersama pasukan ini bagi musim depan.

"Saya percaya dengan pembaharuan yang ada dalam pasukan ini, selain barisan pemain yang dibentuk ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, Melaka United akan mampu menyerlah dalam saingan Liga Super akan datang, dan secara peribadi saya akan memberikan yang terbaik," katanya di sini hari ini.

Sementara itu Damian berkata, kredibiliti dan pengalaman luas yang dimiliki pemain itu, diperlukan skuad bimbingan Zainal untuk membantu pasukan bersaing dengan pasukan lain.

"Kami telah tawar menawar mengenai hal gaji dan beliau faham dengan keadaan kewangan pasukan ini, tetapi saya sangat suka dengan cara Safiq yang mempunyai semangat tinggi, dalam sukan bola sepak.

"Beliau juga akan menjadi kapten musim depan menggantikan Shukor Adan, yang memilih untuk tidak lagi bersama Melaka United," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi kuota pemain import Asia Tenggara, skuad Sang Kancil juga turut terpaksa melupakan khidmat pemain kebangsaan Filipina Patrick Reichelt yang mengesahkan beliau telah menandatangani kontrak bersama kelab di Thailand.

"Kita sememangnya mahu mengekalkan beliau berdasarkan prestasi yang ditunjukkan, namun menerima keputusan beliau dan untuk menggantikan tempatnya kita masih lagi mencari pemain, tetapi jika boleh kita mahu mereka yang pernah beraksi di Liga Malaysia," katanya.

Tambahnya, sekurang-kurangnya dua pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berada dalam radar Melaka United, salah seorangnya dijangka berada dalam posisi serangan.

Safiq sebelum ini bersama Melaka United sejak musim 2019 dan membantu skuad Sang Kancil berada di tangga keenam Liga Super. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/58628/BERITA/Sukan/Safiq-Rahim-kekal-bersama-Melaka-United
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rabu, 20 November 2019

Pemain MU bingung

SUKAN»Bola
Rabu, 20 November 2019 | 8:08pm
            
Kesebelasan pemain Melaka United pada perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Krubong. - Foto Khairunisah Lokman
Pemain MU bingung
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa pemain Melaka United (MU) berada dalam kebingungan selepas nasib mereka bersama skuad Hang Tuah untuk saingan Liga Malaysia musim depan masih belum diputuskan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Mengikut sumber terdekat, MUSA masih belum mengadakan perbincangan rasmi bersama pemain terbabit yang mana kontrak mereka bakal berakhir hujung bulan ini.

Katanya, apa yang lebih mengecewakan apabila MUSA juga dilihat lebih sibuk mengikat pemain baharu berbanding memutuskan nasib sebenar pemain yang sudah bersama pasukan itu musim ini.

"Setakat ini MUSA belum ada melakukan perbincangan sama ada kontrak beberapa pemain yang akan tamat bulan ini disambung atau sebaliknya.

"Pemain jadi tertanya-tanya, sepatutnya MUSA memberikan kata putus bagi menyenangkan pemain yang tak disambung kontrak mencari pasukan baharu," kata sumber itu kepada BH Sukan, hari ini.

Sebelum ini, MUSA sudah mengikat beberapa pemain untuk mengharungi musim depan termasuk bekas pemain import PKNS, Romel Morales.

Selain itu, sumber berkenaan turut mendedahkan MUSA masih berdepan tunggakan gaji lebih dua bulan kepada pemain.

"Pihak pengurusan MUSA sebelum ini berjanji akan melunaskan tunggakan itu, jadi semua pemain ketika ini hanya tunggu saja," katanya.[i]


[i] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/11/630442/pemain-mu-bingung

Ahad, 22 September 2019

MELAKA 0-0 PAHANG


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka       0-0 Pahang
PEMAIN MELAKA
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
06 JANG SUK WON
07 DOMINIC BALIC
08 SAFIQ RAHIM
10 LUCA MILUNOVIC
11 PATRICK RECHELT
13 RAZMAN ROSLAN
16 SAIFUL RIDZUWAN
18 WAN AMIRUL AFIQ
25 FARIS SHAH ROSLI
29 S.DEEVAN RAJ

PEMAIN PAHANG
01 HELMI ELIZA
02 MATTHEW DAVIES
03 HEROLD COULON
08 WAN ZAHARULNIZAM
10 DICKSON NWAKAEME
11 LAZARUS KAIMBI
17 ZUHAIR AIZAT
16 ZUBIR AZMI
20 AZAM AZIH
21 SAFUWAN BAHARUDIN
26 MOHAMADOU SUMAREH


Sabtu, 21 September 2019

Sedia sekat amukan Tok Gajah

MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my

KAPTEN pasukan Melaka United (MU) Mohd Shukor Adan menganggap Pahang bukan lawan mudah walaupun beraksi di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam esok.

Baginya gelanggang sendiri bukan ukuran bagi menjamin kemenangan suku akhir pertama Piala Malaysia terbabit tambahan Pahang sebuah pasukan yang memiliki kekuatan seimbang dalam semua aspek.

Menurutnya, walaupun saingan amat getir dengan skuad Tok Gajah yang dilabel pasukan pilihan namun ia bukan penentu kemenangan mutlak buat pelawat.

“Dalam saingan suku akhir semuanya boleh berlaku. Malah bola sepak juga diukur menerusi siapa yang mampu menjaringkan gol dan bertahan dengan baik.

“Pasukan yang boleh menghasilkan jaringan dan kental bertahan mampu meraih kemenangan. Ia bukan ukuran di atas kertas semata-mata tetapi selepas persembahan 90 minit,”katanya.

Dia juga mengakui taktikal amat penting pada saingan peringkat terbabit dengan pemain perlu memfokuskan perencanaan jurulatih.

Shukor berkata, sebagai pemain mereka akan menterjemahkan taktikal yang disusun dalam memastikan kemenangan mampu diperolehi di laman sendiri.

Dalam masa sama dia mahu rakan sepasukan melupakan apa- apa gangguan peribadi yang dihadapi dalam memfokuskan pertemuan sengit terbabit.

Katanya, tumpuan 100 peratus dalam permainan mampu membuahkan hasil positif sekali gus memenuhi misi meraih kelebihan aksi di gelanggang sendiri.

Bekas kapten kebangsaan terbabit turut yakin sokongan peminat memberi suntikan motivasi kepada pemain untuk berdepan skuad pelawat.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 6:53 PM

Rabu, 18 September 2019

KEPUTUSAN PENUH PDRM 2-2 MELAKA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB






Melaka pilih jalan sukar

SUKAN»Bola
Ahad, 15 September 2019 | 6:51pm
 
KETUA Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan. NSTP/Rasul Azli Samad
Melaka pilih jalan sukar
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
SHAH ALAM: Pengendali Melaka United Zainal Abidin Hassan mengakui pasukannya berdepan tekanan untuk menghadapi aksi terakhir bagi memburu slot suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Ketika Melaka dan Selangor memerlukan kemenangan pada aksi kelima Kumpulan D untuk segera menempah tempat ke saingan kalah mati, sebaliknya pula berlaku apabila kedua-duanya sekadar terikat 1-1.

Malah kejayaan FELDA United FC meraih kemenangan 1-0 ke atas PDRM FA, menjadikan persaingan kini terbuka buat keempat-empat pasukan dan hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir, Rabu ini.

"Belum ada pasukan yang layak dan keempat-empat pasukan pasti ada tekanan. Semua pasukan akan berikan segala-galanyanya pada perlawanan selepas ini,” kata Zainal.

"Saya pun mahu layak, jadi untuk melepasi peringkat kumpulan, kami kena tingkatkan lagi prestasi kami. Apabila kami mendapat bola, ia adalah serangan dan bila tidak ada bola, automatik kita akan bertahan.

"Cuma yang penting, macam mana kita bertahan dan siapa yang perlu lakukan tugas bertahan terlebih dulu. Itu perkara yang saya tekankan kepada pemain."

Pada perlawanan malam tadi, Mohd Khyril Muhymeen Zambri membuka jaringan buat Red Giants pada minit ke-38 namun Saiful Ridzuwan Selamat kembali menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Mengulas lanjut prestasi anak buahnya Zainal berkata, satu mata adalah keputusan berbaloi buat Melaka ketika lawan mereka adalah pasukan berstatus gergasi.

"Memang niat kami untuk dapatkan tiga mata tetapi malangnya kami bermain dengan 'gergasi' dan sudah pasti kami perlu berhati-hati. Di babak kedua, kami kena lebih menyerang dan Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan gol penyamaan," katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 15 September 2019 | 6:51pm

Rabu, 26 Jun 2019

MELAKA UNITED 0-1 JOHOR DARUL TA'ZIM


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka   0-1   JDT
                       m-7 Nazmi Faiz Mansor
                       m-27 Diogo Luís Santo
PEMAIN MELAKA UNITED
Khairul Fahmi Che Mat, Jang Suk-won, Safiq Rahim, N'Guessan Davy Claude Angan, Luca Milunovic, Patrick Reichelt, Shukor Adan (C), Raimi Nor, Wan Amirul Afiq Wan Rahman, Nazrin Nawi, Faris Shah Rosli
PEMAIN GANTIAN
PEMAIN JDT
JDT: Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Nazmi Faiz, La'Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid


Ahad, 21 April 2019

Melaka United tamat kemarau kemenangan


 PENYERANG Melaka United,Casagrande meraikan gol tunggal perlawanan
PENYERANG Melaka United,Casagrande meraikan gol tunggal perlawanan yang dijaringkannya ketika menewaskan Kedah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, di sini hari ini. - UTUSAN/AZLI AHAD
21 April 2019 10:48 PM

KUALA LUMPUR 21 April - Casagrande muncul wira Melaka United apabila meledak gol kemenangan ketika menewaskan Kedah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Gol yang dijaringkan penyerang import dari Brazil itu hadir pada minit ke-49 dan itu bermakna Melaka United berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas lima perlawanan.

Kali terakhir skuad kendalian Zainal Abidin Hassan melakar kemenangan ketika menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di laman sendiri pada 3 Mac lalu. -SUMBER UTUSAN ONLINE 21 April 2019 10:48 PM

Ahad, 14 April 2019

Melaka hampa angkara gol sendiri

MyMetroArena
Shamsul Kamal Amarudin
shaka@nstp.com.my
 
PKNP FC meneruskan rentak kemenangan dalam Liga Super apabila menumpaskan Melaka United 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.

Gol tunggal perlawanan diperolehi hasil jaringan sendiri Ahmad Khuzaimi Piee yang tertampan hantaran lintang Yashir Pinto pada minit ke-66.

Ini kemenangan ketiga berturut-turut PKNP dalam saingan Liga Super berbanding Melaka yang mencatatkan tiga kekalahan.

Perlawanan babak pertama agak seimbang dengan bola lebih banyak berlegar di bahagian tengah.

Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-22 menerusi rembatan Mohamad Al-Fateh Mohd Afandi dari luar kotak penalti namun tepat ke dakapan Khairul Fahmi Che Mat.

Lorongan Mohamad Ramdan dari sebelah kanan pula gagal disambut barisan penggempur PKNP biarpun Khairul Fahmi sudah tertewas.

Melaka berpeluang mendahului tuan rumah pada babak kedua namun rembatan lemah Patrick Reichelt dalam kotak penalti pada minit ke-62 mudah ditepis Amar Asyraaf Omar.

Penyerang tuan rumah, Giancarlo Lopez berpeluang menambah gol namun dua percubaannya pada minit ke-77 dan 79 melepasi gawang gol.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2019 @ 11:37 PM

Jumaat, 29 Mac 2019

Melaka bakal turun bertemu Perak tanpa Liridon

 PENGENDALI MELAKA UNITED, ZAINAL ABIDIN HASSAN
PENGENDALI MELAKA UNITED, ZAINAL ABIDIN HASSAN
28 Mac 2019 7:17 PM

MELAKA 28 Mac- Jentera tengah Melaka United (MU), mungkin sedikit goyah menjelang aksi bertemu Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat malam esok, ekoran ketiadaan Liridon Krasniqi yang masih dibelenggui kecederaan.

Bagaimanapun, ketiadaan Liridon tidak memberi kerisauan kepada pengendalinya, Zainal Abidin Hassan yang menaruh kepercayaan kepada Safiq Rahim, bahawa pemain itu mampu memimpin bahagian tengah skuad Sang Kancil.


“Pastinya kami tidak mahu kehilangan mata dan mahu terus aksi konsisten dalam masa sama sedar pasukan lawan merupakan lawan yang sukar.

“Saya harap pemain dapat memberi fokus sepenuhnya dalam tempoh 90 minit dan menunjukkan disiplin yang tinggi,” katanya.

Liridon yang lebih dikenali sebagai Mat Don kini sedang giat mengikuti program pemulihan.

Melaka kini menduduki tangga kelima dengan mengutip 10 mata, sementara Perak di kedudukan ketujuh liga dengan enam mata tetapi skuad kendalian Mehmet Durakovic memiliki kelebihan satu perlawanan. - UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-bakal-turun-bertemu-perak-tanpa-liridon-1.871673#ixzz5jXtcNaw4
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 16 Februari 2019

Melaka United, Pahang catat keputusan seri

Melaka United, Pahang catat keputusan seri
Melaka lwn Pahang
PENYERANG Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva (jersi putih) melompat bagi mengelak asakan pemain Pahang, Muhammad Safuwan Baharuddin dalam aksi perlawanan Liga Super 2019 yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/AZLI AHAD
SUFFIAN ABU BAKAR

16 Februari 2019 11:04 PM

MELAKA 16 Feb. - Melaka United dan Pahang terus mencabar kedudukan Johor Darul Ta’zim selaku pendahulu liga apabila mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Hang Jebat di sini sebentar tadi.

Pahang mengejutkan pasukan tuan rumah apabila memperoleh gol pertama pada minit kelima jaringan pemain pertahanan import Goulon Herold Mark selepas keadaan kelam kabut di depan pintu gol hasil sepakan percuma diambil Pahang sebelum itu.


Selepas gol pertama perlawanan menjadi seimbang apabila kedua-dua pasukan saling menyerang dan peluang terbaik pasukan tuan rumah hadir pada minit-14 apabila sepakan percuma yang diambil penyerang Melaka United, Liridon Krasniqi berjaya ditepis keluar penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias.

Pahang hampir menambah jaringan pada minit-31 apabila penyerang berbisanya, Dickson Nwakaeme merembat bola dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Separuh masa kedua kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan penyerang Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva dilayangkan kad kuning pada minit-59 apabila mengasari Mohd. Helmi Eliza yang telah menangkap bola di depan pintu gol.

Pahang nyaris menambah gol pada minit-65 apabila Muhammad Nor Azam Abdul Azih melakukan larian solo dari luar kotak penalti menewaskan beberapa pemain pertahanan Melaka United namun bola tendangannya mengenai palang gol.

Pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain bermula minit-80 apabila Muhammad Nor Azam diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua dalam aksi kelam-kabut di depan pintu gol Pahang.

Pasukan tuan rumah menggunakan peluang itu untuk menggandakan serangan dan hasilnya pada minit-89, Safiq Rahim menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas penyerang Melaka United, Patrick Reichelt dijatuhkan Mohd. Helmi Eliza dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-united-pahang-catat-keputusan-seri-1.842512#ixzz5flNKdZL0
© Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN MASA PERTAMA


   OLEH-AHMAD BIN YAAKOB  
      
Melaka United 0-1  Pahang
m-5 Herold Goulon

PKNP 1-0     PJ City
m-28 Kalidou Yero

Kedah           2-0     Felda United
m-16 Zaquan Adha

Isnin, 11 Februari 2019

Disiplin kunci kemenangan MU

Ahad, 10 Februari 2019 | 8:43pm
Pemain Melaka United Liridon Krasniqi (kanan) mengasak pemain PKNS FC, Kpah Sean Sherman (dua dari kanan) dalam perlawanan Liga Super 2019 yang berlangsun di Stadium Shah Alam. - Foto BERNAMA
Disiplin kunci kemenangan MU
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
SHAH ALAM: Ketua jurulatih Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan menyifatkan disiplin tinggi pemainnya ketika bertahan menjadi kunci kepada kemenangan 1-0 ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Paling menggembirakan pengendali itu apabila kombinasi pemain bertambah baik dan ia perlu ditingkatkan lagi bagi mengharungi musim yang panjang.

“Paling penting kita berjaya raih tiga mata di tempat lawan. Saya sudah beritahu kepada pemain supaya lebih berdisiplin ketika bertahan dan mereka mematuhinya.

“Pemain cukup berdisiplin sehingga wisel penamat dan saya dapat lihat prestasi pemain ada menunjukkan peningkatan dan berharap ia akan dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Jaringan tunggal Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-24 sudah memadai buat Melaka United mengekalkan rekod bersih dalam dua perlawanan awal.

Dalam masa sama, Zainal menegaskan beliau bertuah kerana dapat menggunakan khidmat gandingan Safiq dan Liridon Krasniqi di jentera pasukan.

“Keseluruhannya memang bagus. Siapa yang tidak mahu Safiq dan Liridon beraksi di tengah tetapi sebenarnya mereka boleh buat yang lagi baik daripada apa yang mereka pamerkan malam ini,” katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 10 Februari 2019 | 8:43pm

Ahad, 3 Februari 2019

Tiga mata legakan Zainal

SUKAN»Bola
Ahad, 3 Februari 2019 | 8:23pm
 
Pemain Melaka United, Patrick Reichelt menghalang gerakan pemain PJ City, Mohamad Zamri Pin Ramli (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong. - NSTP/Khairunisah Lokman
Tiga mata legakan Zainal
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
MELAKA: Kejayaan meraih tiga mata dengan menewaskan PJ City dalam saingan Liga Super, semalam amat melegakan Ketua Jurulatih Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan.

Walaupun sekadar menang tipis 2-1 ke atas lawan dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, namun keputusan itu dianggap permulaan yang cukup positif berikutan tekanan tinggi perlawanan sulung berkenaan.

"Kami bermain dengan agresif sepanjang babak pertama menerusi penguasaan permainan sekali gus mencipta banyak peluang jaringan walaupun hanya dua yang menepati sasaran.

"Namun rentak permainan sedikit perlahan pada babak kedua menyaksikan pelawat pantas mengubah corak mereka sehingga berjaya merapatkan jurang dalam tempoh berkenaan," katanya.

Zainal berkata, disebabkan satu kesilapan yang menyebabkan gawang pasukan bocor, ia melonjakkan semangat pelawat untuk terus mengasak.


Pemain Melaka United, Liridon Krasniqi meraikan gol pertama bersama Zainal Abidin Hassan (kanan) di Stadium Hang Jebat, Krubong. - NSTP/Khairunisah Lokman
Justeru, beliau akan terus berusaha memperbaiki kelemahan yang ada bagi memastikan corak permainan lebih baik bakal diterjemah skuad Hijau Putih pada aksi akan datang.

Dalam perlawanan berkenaan, MU menyenaraikan kelima-lima pemain import iaitu Patrick Reichelt, Darco Markovic, Liridon Krasniqi, Jang Suk Won dan Anselmo Casagrande.

Begitupun, mereka merehatkan pemain paling berpengaruh Shukor Adan di bangku simpanan dengan lilitan kapten diberikan kepada bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim yang dilihat berjaya menghidupkan permainan menerusi hantaran tepat dan percubaan berbahaya.

Bagi aksi berikutnya, MU dijadualkan berdepan PKNS FC, Sabtu ini di Shah Alam.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 3 Februari 2019 | 8:23pm

Sabtu, 2 Februari 2019

Krasniqi bantu jinak PJ City


MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
 
BEKAS pemain Kedah, Liridon Krasniqi tidak menunggu lama untuk mencetak gol bersama pasukan barunya Melaka United apabila menang 2-1 ke atas PJ City pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Krasniqi, yang mewakili Melaka selepas dipujuk jurulatih Zainal Abidin Hassan, membuka tirai jaringan pada minit ke-36 menerusi sepakan gunting yang menewaskan penjaga gol pelawat, Muhaimin Mohamad.

Lebih menarik, Krasniqi turut terbabit bagi gol kedua Melaka apabila hantaran lintangnya seminit sebelum rehat ditanduk masuk penyerang import dari Brazil, Casagrande untuk mengukuhkan kedudukan.

Pada babak kedua, PJ City yang sebelum ini dikenali sebagai MIFA, bangkit memberikan saingan dan anak buah K Devan berjaya merapatkan jurang sekalipun gagal mencari gol penyamaan.

Rembatan kencang R Barathkumar pada minit ke-58 menyaksikan penjaga gol berpengalaman Khairul Fahmi Che Mat tertewas juga akhirnya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 12:24 AM

Melaka United raih tiga mata pertama


PENYERANG impot Melaka, Liridon Krasniqi (tengah) diasak pertahanan
PENYERANG impot Melaka, Liridon Krasniqi (tengah) diasak pertahanan PJ City FC dalam perlawanan Liga Super di antara Melaka United menentang PJ City FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, di sini hari ini. - UTUSAN/AZLI AHAD
02 Februari 2019 11:29 PM

MELAKA 2 Feb. - Melaka United terpaksa berhempas pulas sehingga ke minit akhir perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan pertamanya menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC dengn jaringan 2-1, malam tadi.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan meraih tiga mata berharga selepas selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.


Jaringan pertama Melaka United dihasilkan melalui sepakan gunting Liridon Krasniqi pada minit ke-36 hasil hantaran tepat Patrick Reichelt.

Melaka United melebarkan jaringan seminit sebelum tamat babak pertama melalui tandukan tepat Anselmo Cassagrande melepasi penjaga gawang PJ City FC, Mohd. Muhaimin Mohamad.

Bermula separuh masa kedua, PJ City FC berjaya merapatkan jurang dan memberi tekanan kepada Melaka United dengan jaringan pertama oleh R. Barathkumar pada minit ke-58.

Skuad Sang Kancil cuba menambah jaringan melalui beberapa percubaan namun penyudah yang tumpul gagal menghasilkan tambahan gol sehingga tamat perlawanan. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/melaka-united-raih-tiga-mata-pertama-1.834590#ixzz5eQbyUEcp
© Utusan Melayu (M) Bhd