Selasa, 29 September 2020

Pemain Melaka perlu kuarantin

 SUKAN



PARA pemain Melaka United perlu menjalani kuarantin selepas beraksi menentang Sabah pada saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin. – MEDIA MELAKA UNITED

Pemain Melaka perlu kuarantin

Oleh KOSMO!

28 September 2020, 8:55 pm

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

PEMAIN Melaka United yang pulang dari Sabah selepas bertemu skuad Tambadau pada perlawanan Liga Super kelmarin turut tidak dikecualikan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah nege­ri, Rahmad Mariman berkata, Jabatan Kesihatan negeri secara tegas akan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) merangkumi semua aspek bagi memutuskan penularan pandemik Covid-19.

Sesiapa sahaja yang pulang dari Sabah perlu menjalani kua­rantin termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Saya yakin tiada pengecualian kerana SOP ini terpaksa untuk semua pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Pusat Hemodialisis Komuniti Melaka, Klinik Kesihatan Cheng di Melaka semalam.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, perkara itu selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah selain semua individu yang tiba dari Sabah juga akan disa­ring di pintu masuk domestik dan antarabangsa bermula semalam hingga 10 Oktober depan.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu iaitu dua di Sabah dikenali kluster Buang Sayang dan kluster Kampung Sakong, manakala di Kuala Lumpur pula dikenali kluster Setapak.

Kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah dengan kes indeks (kes ke-10,265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September.SUMBER-KOSMO ONLINE

Isnin, 28 September 2020

Melaka kena kuarantin?

Oleh Zulfaizan Mansor - September 28, 2020 @ 6:16pm

zulfaizan@bh.com.my



Aksi antara Melaka menentang Sabah di Stadium Likas, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Pasukan Melaka mungkin berdepan masalah kekangan masa untuk melakukan persiapan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Ia kerana, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semua individu yang baru tiba dari Sabah perlu mengikuti beberapa SOP termasuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Melaka yang dijangka pulang hari ini selepas berkunjung ke Sabah untuk mengharungi perlawanan kesembilan Liga Super yang menyaksikan mereka tewas 2-3 dalam aksi di Stadium Likas, malam tadi.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Mohd Ashiq Abd Samad menjelaskan pihaknya perlu mengikuti semua SOP yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pihak.

"Saya tak ke Sabah dan saya pun tak dapat berhubung lagi dengan mereka (pasukan), cuma yang saya dengar memang kita ikut SOP yang ditetapkan KKM termasuk buat ujian saringan dan kuarantin di rumah.

"Kita terpaksa ikut sebab ia bukan saja membabitkan keselamatan pasukan, malah semua pihak.

"Rasa macam singkat juga masa (untuk jumpa Kedah) sebab (kalau kena kuarantin) nak berlatih pun tak boleh. Jadi kita tunggu mereka balik dan kita akan bincang dengan jurulatih Zainal Abidin Hassan," katanya kepada BH Sukan, hari ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini, semua individu yang baru tiba dari Sabah perlu menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan dan ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).

Mereka juga perlu menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dengan semua individu di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.

Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) sehingga keputusan makmal diperoleh. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19;

Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19..SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Melaka kena kuarantin?

Oleh Zulfaizan Mansor - September 28, 2020 @ 6:16pm

zulfaizan@bh.com.my



Aksi antara Melaka menentang Sabah di Stadium Likas, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Pasukan Melaka mungkin berdepan masalah kekangan masa untuk melakukan persiapan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.


Ia kerana, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semua individu yang baru tiba dari Sabah perlu mengikuti beberapa SOP termasuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).


Melaka yang dijangka pulang hari ini selepas berkunjung ke Sabah untuk mengharungi perlawanan kesembilan Liga Super yang menyaksikan mereka tewas 2-3 dalam aksi di Stadium Likas, malam tadi.


Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Mohd Ashiq Abd Samad menjelaskan pihaknya perlu mengikuti semua SOP yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pihak.


"Saya tak ke Sabah dan saya pun tak dapat berhubung lagi dengan mereka (pasukan), cuma yang saya dengar memang kita ikut SOP yang ditetapkan KKM termasuk buat ujian saringan dan kuarantin di rumah.


"Kita terpaksa ikut sebab ia bukan saja membabitkan keselamatan pasukan, malah semua pihak.


"Rasa macam singkat juga masa (untuk jumpa Kedah) sebab (kalau kena kuarantin) nak berlatih pun tak boleh. Jadi kita tunggu mereka balik dan kita akan bincang dengan jurulatih Zainal Abidin Hassan," katanya kepada BH Sukan, hari ini.


Menurut kenyataan Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini, semua individu yang baru tiba dari Sabah perlu menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan dan ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).


Mereka juga perlu menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dengan semua individu di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.


Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) sehingga keputusan makmal diperoleh. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19;


Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Sabah kejutkan Melaka

Oleh Syafiq Aznan - September 27, 2020 @ 10:24pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Aksi antara pemain Melaka dan Sabah pada perlawanan Liga Super.

KUALA LUMPUR: Melaka mensia-siakan peluang untuk melonjak ke kelompok empat pasukan terbaik selepas dikejutkan Sabah 3-2 pada aksi di Stadium Likas, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Zainal Abidin Hassan itu kekal menghuni tangga ketujuh Liga Super dengan 11 mata untuk mengetepikan Selangor menerusi perbezaan jaringan.

Manakala buat Sabah, kemenangan itu pasti memberi kelegaan selepas mereka berjaya keluar daripada zon penyingkiran walaupun masih lagi belum terselamat daripada prospek penyingkiran.

Pada aksi terbabit, pelawat mendahului hanya selepas 15 minit perlawanan selepas penyerang prolifiknya, Uche Agba menyambut hantaran Safiq Rahim sebelum menyudahkan untuk gol pertama Melaka.

Kedudukan 1-0 hanya bertahan sembilan minit selepas Dennis Buschening memastikan Sabah kembali dalam perlawanan apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-24.

Bagaimanapun, Sony Norde meledak gol kedua Melaka di penghujung babak pertama untuk membolehkan mereka menamatkan babak pertama dengan keputusan 2-1.

Skrip berbeza ditampilkan Sabah pada babak kedua apabila tampil lebih 'garang' dengan menyumbat dua gol dalam tempoh lapan minit sekali lagi menerusi Buschening pada minit ke-64 disusuli sepakan penalti Rodoljub Paunovic pada minit ke-72.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Khamis, 17 September 2020

MU ke Melaka City selepas penswastaan: Yusoff

 SUKAN»Bola

Isnin, 11 September 2017 | 8:52pm

KESEBELASAN utama pemain Melaka United pada perlawanan piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Krubong. - Foto Rasul Azli Samad

KESEBELASAN utama pemain Melaka United pada perlawanan piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Hang Jebat, Krubong. - Foto Rasul Azli Samad

MU ke Melaka City selepas penswastaan: Yusoff

Oleh Nazri Abu Bakar

bhsukan@bh.com.my

MELAKA: Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) masih mengekalkan nama Melaka United (MU) bagi saingan Liga Malaysia musim depan, walaupun menyatakan perancangan awal untuk menukar nama kepada Melaka City.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, penggunaan nama Melaka City hanya akan berkuat kuasa selepas penswastaan pasukan berkenaan.

Katanya, setakat ini nama MU masih kekal sehingga musim depan dan Melaka City akan diperkenalkan selepas persetujuan presiden MUSA, Datuk Seri Idris Haron dan penswastaan berlaku.

Sehubungan itu, dalam permohonan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018, tidak terkandung perkara pertukaran nama berkenaan.

"Sebelum ini kami bercadang mengubah nama badan bola sepak terbabit kepada Persatuan Bola Sepak Melaka City (MCFC). Ia berikutan Melaka City lebih menggambarkan kedudukan bandar raya berkenaan di mata dunia berbanding Melaka United (MU) walaupun ia juga terdapat nama Melaka dalam pendaftarannya.

Begitupun, ia adalah cadangan dan perancangan yang cuba dilakukan MUSA untuk faedah dan kebaikan bersama pengurusan bola sepak negeri terbabit.

Mohd Yusoff berkata, tidak terdapat implikasi terhadap peraturan dan perjalanan pengurusan pasukan, termasuk jika layak beraksi atas tiket Piala AFC pada masa depan.

Menurutnya, ia juga satu penjenamaan semula, seperti pertukaran nama persatuan asal Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) kepada MUSA sebelum ini.

Idris yang dipilih sebulat suara menerajui jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) pada sesi Kongres MAFA ke -58 (2013) di Seri Bendahara, Ayer Keroh menjenamakan pasukan terbabit kepada MUSA.

Penjenamaan semula pada 2013 itu turut menjelmakan aksi cemerlang Melaka selepas terperosok lima musim beraksi di pentas Piala FAM, sebelum muncul juara piala terbabit (2015) dan kembali beraksi di Liga Perdana 2016 dan melonjak ke Liga Super 2017.

Musim ini, skuad Hang Tuah layak ke Piala Malaysia selepas hampir 10 tahun tidak merasai nikmat aksi di pentas piala berprestij itu.SUMBER-BH ONLINE

Sabtu, 12 September 2020

Melaka, Selangor kongsi satu mata

MyMetroArena

Pemain Selangor, Muhammad Syahmi Safari (tengah) mengawal bola dari pemain Melaka dalam aksi Liga Super. FOTOBernama

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

HASRAT Selangor untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super tidak kesampaian apabila diikat Melaka United 1-1 di Stadium Mini UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.

Skuad Merah Kuning yang berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sabah 2-1 minggu lalu sekali lagi terpaksa melalui skrip sama apabila ketinggalan sebelum bangkit mengikat kedudukan.

Keputusan itu mungkin sedikit melegakan skuad kendalian B Sathianathan dengan meraih satu mata di mana baki empat aksi liga harus dimanfaatkan sebaiknya untuk mencabar kedudukan di tangga kedua liga.

Buat kem Melaka United pula, rekod baik selepas melakar dua kemenangan 1-0 ke atas Perak dan Terengganu FC sebelum ini terhenti di Shah Alam.

Pelawat yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan terlebih dulu berada di depan menerusi sepakan leret tonggak import, Uche Agba yang memanfaatkan lontaran ke dalam pada minit ke-39.

Bagaimanapun, gol itu berjaya dipadamkan oleh pemain tuan rumah seminit kemudian berpunca daripada hantaran lintang K Prabakaran yang tepat menuju Ifedayo Olusegun sebelum dia menolak mudah kepada Sandro Da Silva yang datang daripada belakang untuk mudah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat bagi mengikat kedudukan 1-1.

Memasuki babak kedua, tempoh permainan semakin rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Skuad Red Giants hampir menambah gol kedua namun tandukan pemenang kasut emas musim 2018, Rufino Segovia sedikit tersasar pada minit ke-83.

Begitupun, menuju penghujung aksi, tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Brendan Gan dilayangkan kad merah apabila menerima kad kuning kedua pada masa kecederaan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 11:12 PM

Jumaat, 11 September 2020

Melaka waspada ancaman Selangor

 SUKAN

ZAINAL Abidin mengingatkan anak-anak buahnya supaya berwaspada dengan ancaman oleh Selangor pada aksi malam ini.

Melaka waspada ancaman Selangor

Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH

10 September 2020, 9:52 pm

JURULATIH Melaka, Zainal Abidin Hassan tidak mahu para pemainnya dibuai kemenangan lepas sebaliknya perlu berwaspada dengan ancaman pasukan Selangor ketika bertandang ke Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam ini.

Melaka United sebelum ini dipotong tiga mata susulan gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual sekali gus terperosok ke tangga ke-11 liga.

Bagaimanapun, skuad Sang Kancil itu mempamerkan prestasi terbaik apabila melakar dua kemenangan berturut-turut ketika menentang Perak dan Terengganu FC sekali gus menduduki tangga kelima keseluruhan.

Kita akui perlawanan sete­rusnya bukannya mudah kerana Selangor merupakan pasukan yang berpengalaman terutama di barisan jentera serangan mereka.

Melaka United sebelum ini pernah mendahului Selangor pada awal perlawanan, namun kita dikejutkan dengan kekalahan pada saa-saat akhir.

Kita sedar akan cabaran yang akan dihadapi itu. Kami telah melakukan persiapan dan perbaiki kelemahan di beberapa sudut. Jadi saya harap, pemain tidak terus berasa terus selesa dengan dua kemenangan sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, pemain te­ngah Melaka, Romel Morales menuntut rakan-rakan sepasukannya menampilkan aksi terbaik ketika menentang skuad Gergasi Merah.

Kami tahu Selangor adalah pasukan yang bagus tetapi kami hanya perlu menumpukan perhatian pada apa yang harus kami lakukan untuk memenangi perlawanan,” ujarnya.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Selasa, 8 September 2020

Alhamdulillah...Melaka bebas tunggakan gaji

MyMetroArena

SKUAD Melaka mendapat suntikan semangat dengan selesainya masalah tunggakan gaji. FOTO FB Musa

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

KETIKA beberapa pasukan masih lagi dipalit masalah bebanan hutang tunggakan gaji, Melaka pula bertindak cemerlang apabila mereka kini sudah bebas daripada masalah terbabit dengan menyelesaikannya minggu lalu.

Khabar gembira terbabit jelas sekali meniup semangat pasukan berkenaan yang kini dalam misi mahu berada dalam kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super selain menyusun semula pembangunan akar umbi.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (Musa) Mohd Ashiq Abd Samad berkata, semua tunggakan gaji membabit pemain pasukan utama dan pembangunan termasuk Piala Presiden sudah selesai.

Beliau berkata, tunggakan gaji membabitkan skuad Piala Presiden adalah yang terakhir diselesaikan pada minggu lalu dengan peruntukan kira-kira RM800,000.

''Terima kasih kepada Presiden Musa, Datuk Sulaiman Md Ali yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah tunggakan gaji pasukan. Ketika ini, Melaka sudah bebas dengan isu tunggakan gaji diharapkan perkara terbabit tidak lagi dikaitkan dengan kami.


''Sekarang ini, kami mahu menumpukan kepada proses penswastaan dan memastikan pasukan utama berada di kedudukan terbaik,'' katanya ketika dihubungi Arena Metro. Sebelum itu, ketika Melaka diambang pemotongan enam mata akibat kegagalan membayar tunggakan gaji 2018 sebelum 30 April lalu, pasukan terbabit akhirnya boleh tersenyum sementara apabila diberikan 'talian hayat' dengan tempoh pembayaran dilanjutkan sehingga tempoh Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.


Talian hayat' yang diberikan menerusi mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB) itu jelas sekali memberi kelegaan kepada pasukan berkenaan yang sebelum ini dikenakan pemotongan tiga mata akibat kegagalan menjelas hutang 2018.


Pasukan terbabit juga sebelum ini sudah dikenakan hukuman apabila FAM memutuskan pemotongan tiga mata ke atas skuad Hang Tuah serta merta.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 10:51 PM

Tujuh perlawanan amat berharga

MyMetroArena

KOMITMEN pemain Melaka dilihat amat tinggi sepanjang latihan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Melaka

Nazri Abu Bakar

PENGURUSAN Melaka yakin skuad berkenaan akan bangkit pada baki tujuh perlawanan selepas aksi liga Malaysia yang dijangka bersambung paling awal pertengahan bulan depan.Pengurus pasukan skuad Hang Tuah, Muhammad Akram Abdullah berkata, berada di kedudukan ke -11 liga selepas pemotongan tiga mata pastinya laluan perit untuk kembali melonjak, namun ia seharusnya menjadi titik tolak kebangkitan semula.

Menurutnya, walaupun persiapan pasukan agak agak terhad buat masa ini terutama menerusi latihan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, namun ia bukan halangan buat anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan untuk memberikan yang terbaik.

Beliau berkata, komitmen pemain dilihat amat tinggi sepanjang latihan namun selepas melihat kesungguhan mereka menerbitkan keyakinan setiap pemain bakal bertindak cemerlang pada baki saingan kelak.

"Justeru saya mengharapkan latihan penuh 15 Julai ini menerusi kebenaran kontak membolehkan mereka mempraktikkan corak permainan yang diterapkan bagi berdepan saingan kompetitif.

"Latihan seperti biasa amat perlu dalam memastikan tempo mereka tidak tersasar sebaliknya kental fokus untuk menyumbang mata berharga pada setiap perlawanan," katanya.


Baginya, diakui setiap perlawanan amat penting dalam misi meraih mata penuh sekali gus memperbaiki kedudukan di carta liga.


Akram berkata, sebarang kealpaan harus dielakkan daripada berlaku kerana ia boleh menjejaskan kedudukan di akhir liga kelak.


SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 8:40 PM

Melaka jangan terlalu selesa

MyMetroArena

AKSI menarik antara Melaka menentang TFC, Sabtu lalu. FOTO FB MUSA

BERNAMA

BARISAN pemain Melaka diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan dalam saingan Liga Super setakat ini, sebaliknya perlu terus memantapkan persembahan dalam baki lima perlawanan selepas ini.

''Mungkin ada orang akan cakap kalau tiga mata tidak dipotong tempoh hari, Melaka kini sudah menduduki tempat kedua namun tidak tentu juga kerana saya melihat ada perkara positif kepada pemain.

''Apa saya nampak, pemain semakin meningkatkan fokus dan tidak bersikap sambil lewa sejak pemotongan mata dan mereka letakkan satu keazaman tinggi, mahu keluar daripada kedudukan dua terbawah,'' kata ketua pasukan Melaka Mohd Razman Roslan dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), hari ini.

''Ini salah satu punca di sebalik kenapa kami mampu bermain baik dalam dua perlawanan sebelum ini dan saya rasa gembira kerana Melaka kini sudah mampu berada di pertengahan kedudukan liga,'' kata bekas pertahanan kebangsaan itu.

Skuad Sang Kancil mencatat keputusan positif sebaik Liga Malaysia bersambung hujung bulan lepas dengan menewaskan Perak 1-0 di Ipoh pada 28 Ogos, sebelum mengatasi Terengganu FC 1-0 di laman sendiri, Sabtu lalu.


Mereka dijadualkan berdepan Selangor pada aksi ketujuh Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, Jumaat ini.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengenakan pemotongan tiga mata ke atas Melaka susulan kegagalan pasukan berkenaan menyelesaikan baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan.

Pasukan itu kini berada di tangga kelima kedudukan Liga Super dengan mengutip sembilan mata selepas enam perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 9:58 PM

Ada hikmah kena potong mata

RAZMAN Roslan (kanan) menjalani latihan bersama pemain Melaka United semalam. - IHSAN MELAKA UNITED

Oleh Sufian Hadi Bin Mohd Sojak

8 September 2020, 7:13 pmKUALA LUMPUR: Pemotongan tiga mata pada Mac lalu adalah ‘rahsia’ di sebalik kebangkitan Melaka United yang melakar dua kemenangan berturut-turut sejak saingan Liga Super bersambung semula.

Tonggak Melaka, Razman Roslan berkata, biarpun kecewa dikenakan hukuman sedemikian, namun dia tidak menganggap perkara tersebut sebagai pengakhiran.Katanya, sejak daripada itu, Melaka dapat bernafas kembali dan keluar daripada zon penyingkiran, di samping dibantu beberapa perubahan drastik diterapkan pengendali Zainal Abidin Hassan.

Mungkin ada orang akan cakap kalau tiga mata tidak dipotong tempoh hari, Melaka kini sudah menduduki tempat kedua namun tidak tentu juga kerana saya melihat ada perkara positif kepada pemain.

Apa yang saya nampak, pemain semakin meningkatkan lagi fokus mereka dan tidak bersikap sambil lewa sejak pemotongan tersebut dan mereka letakkan satu keazaman tinggi yang mereka mahu keluar daripada kedudukan dua terbawah.

Ini antara punca di sebalik kenapa kami mampu bermain baik dalam dua perlawanan sebelum ini dan saya rasa gembira kerana Melaka kini sudah mampu berada di pertengahan liga,” kata Razman kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), semalam.

Melaka telah dikenakan pemotongan tiga mata pada 20 Mac lalu kerana gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada penghujung Februari 2020.

Sejak Liga Super bersambung semula 28 Ogos lalu, Melaka telah menewaskan Perak dan Terengganu masing-masing dengan jaringan 1-0, sekali gus membolehkan mereka menduduki tangga kelima.

Mengulas mengenai perubahan permainan pasukan, Razman berkata, gaya permainan bertahan seperti yang diterapkan Zainal dalam dua perlawanan terakhir nyata membuahkan hasil.

Saya tidak nafikan kami menekankan corak permainan bertahan apabila berdepan dua pasukan ini (Perak dan Terengganu) kerana semua orang tahu kami pasukan underdog.

Semangat pemain luar biasa apabila masing-masing bertindak sebagai satu unit selepas diserang lawan dan ini turut membantu kenapa gawang kami berjaya tidak dibolosi dalam dua perlawanan lepas,” katanya.


Sabtu, 5 September 2020

Sang Kancil lega kutip 6 mata

 

PERTAHANAN Terengganu FC, Argzim Redzovic (kanan) cuba menyekat penyerang Melaka United, Sony Norde di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput semalam. – MINGGUAN/RASUL AZLI SAMAD

Oleh Norzie Mohamed Khasbi and MUHAMAD AIMY AHMAD

5 September 2020, 8:56 pmMELAKA: Dua kemenangan berturut-turut bukan sahaja menyuntik semangat skuad Hang Tuah, tetapi keputusan itu juga melegakan barisan kejurulatihan pasukan Melaka United setakat ini.

Ketua Jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan berkata, enam mata yang diraih amat penting buat Melaka United sekaligus membuka peluang untuk mencabar pasukan teratas liga.Katanya, kedudukan terkini juga sudah pasti menjauhkan Melaka United daripada zon penyingkiran akibat berdepan pemotongan mata sebelum ini.

Para pemain telah melaksanakan tugas mereka dengan baik kerana kita tahu pasukan berada dalam zon amat bahaya sebelum ini dan saya beritahu mereka hanya kemenangan boleh mengubah kedudukan.

Saya tak nafikan kita juga ada buat perubahan drastik untuk taktikal pasukan, selain barisan pertahanan yang mempamerkan disiplin tinggi,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan menentang Terengganu FC, semalam.

Dalam perlawanan itu, jaringan tunggal penyerang import, Uche Agba pada minit ke-60 sudah cukup untuk memastikan Melaka United membawa pulang tiga mata penuh.


Malah, Zainal turut yakin untuk terus kekal berada dalam kelompok empat pasukan teratas seperti yang disasarkan pada awal musim lalu berdasarkan persembahan semasa anak-anak buahnya.


Kita tahu sebelum ini ada 22 perlawanan jadi masih banyak peluang tetapi apabila Covid-19 melanda dan liga dipendekkan, maka satu perancangan rapi telah dilakukan barisan kejurulatihan termasuk bahagian taktikal yang tak perlu saya dedahkan.


Kedudukan sekarang memang nampak baik dan kita akan terus berusaha pada setiap perlawanan untuk membaiki kedudukan,” katanya.


Mengulas pertemuan dengan Terengganu, ujar beliau, ketangkasan Razman Roslan dan Jang Sukwon mematahkan serangan penyerang berbahaya skuad lawan, Dominique Da Sylva antara faktor kemenangan.


Katanya lagi, peluang keemasan yang terhidang pada babak kedua itu dimanfaatkan sepenuhnya dengan tenang oleh Agba hasil hantaran Sony Norde.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Jumaat, 4 September 2020

Melaka atasi TFC

SUKAN»Bola

Jumaat, 4 September 2020 | 11:26pm

Penjaring gol tunggal Melaka, Uche Agba berdepan pertahanan TFC di Stadium Hang Jebat Paya Rumput. - NSTP/NAZRI ABU BAKAR

Penjaring gol tunggal Melaka, Uche Agba berdepan pertahanan TFC di Stadium Hang Jebat Paya Rumput. - NSTP/NAZRI ABU BAKAR

Melaka atasi TFC

Oleh Nazri Abu Bakarsukanteam@nstp.com.my

MELAKA: Skuad Melaka mencipta kejutan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput sebentar tad.Kemenangan mengatasi lawan yang berada di tangga kedua liga itu membolehkan skuad Hang Tuah mengumpul sembilan mata sekali gus menjauhi zon bahaya penyingkiran ke Liga Perdana.

Bagaimanapun, TFC yang cuba meneruskan rentak kemenangan hampir menrobek gawang tuan rumah namun percubaan kapten pasukan, Lee Tuck ditepis keluar penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Aksi seimbang kedua-dua pasukan dengan pergerakan hantaran pendek menyaksikan bola lebih banyak berada di bahagian tengah padang.Ferris Danial memiliki peluang terbaik pada minit ke-29 melakukan rembatan kencang ke kiri gawang pelawat namun sedikit tersasar diikuti lima minit selepas itu apabila Khairul Anwar Shahrudin melakukan percubaan dari jarak 30 meter namun tinggi melepasi palang gol TFC.

Kesungguhan Melaka untuk meraih mata maksimum begitu membara namun tiga percubaan barisan depan mereka menerusi Ferris (m-49), Uche Agba (m-53) dan Sony Norde (m-55) hanya melambung tinggi melepasi palang gol.Melaka akhirnya berjaya mencipta gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi rembatan Agba selepas menerima hantaran lintang Norde.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

TFC tersungkur di bumi Melaka

MyMetroArena

AGBA (kiri) meraikan jaringan.

Oleh Nazri Abu Bakar

sukanteam@nstp.com.mySKUAD Melaka berjaya mencipta kejutan selepas mengatasi Terengganu FC (TFC) 1-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam ini.

Malah kemenangan ke atas lawan yang berada di tangga kedua liga itu membolehkan skuad Hang Tuah kini mengumpul sembilan mata sekali gus menjauhi zon penyingkiran ke Liga Perdana.Bagaimanapun, TFC yang cuba meneruskan rentak kemenangan hampir merobek gawang tuan rumah namun percubaan kapten pasukan, Lee Tuck berjaya ditepis keluar penjaga gol Melaka, Khairul Fahmi Che Mat.

Aksi seimbang kedua-dua pasukan dengan hantaran pendek menyaksikan bola lebih banyak berada di bahagian tengah padang.

Ferris Danial yang memiliki ruang terbaik pada minit ke-29 melakukan rembatan kencang ke kiri gawang pelawat namun sedikit tersasar.

Diikuti lima minit selepas itu Khairul Anwar Shahrudin melakukan percubaan dari jarak 30 meter namun tinggi melepasi palang gol TFC.Bersambung babak kedua anak buah jurulatih Zainal Abidin Hassan lebih banyak melakukan gerakan agresif bagi mencari gol kemenangan sekali gus ceria di laman sendiri.

Kesungguhan Melaka untuk meraih mata maksimum begitu membara namun tiga percubaan barisan depan mereka menerusi Ferris (m-49), Uche Agba (m-53) dan Sony Norde (m-55) hanya melambung tinggi melepasi palang gol.Penantian dan penguasaan Melaka akhirnya berjaya mencipta gol pembukaan pada minit ke-61 menerusi rembatan Agba selepas menerima hantaran lintang Norde.

Gol yang berpunca daripada gerakan lincah Norde yang bijak melepasi kekangan benteng lawan terus menuju ke dalam kotak penalti dan melintangkan bola kepada Agba yang tidak dikawal membolehkan bekas penyerang PDRM itu mudah menewaskan penjaga gol Mohd Sharmiza Yusoff.Kemenangan berkenaan membolehkan Melaka berada di landasan terbaik untuk mengintai kelompok tiga teratas liga dengan baki lima perlawanan.sumber-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 11:15 PM