PENYERANG Melaka
United,Casagrande meraikan gol tunggal perlawanan yang dijaringkannya ketika
menewaskan Kedah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, di sini hari
ini. - UTUSAN/AZLI AHAD
21 April 2019 10:48 PM
KUALA LUMPUR 21 April -
Casagrande muncul wira Melaka United apabila meledak gol kemenangan ketika
menewaskan Kedah 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, sebentar
tadi.
Gol yang dijaringkan penyerang
import dari Brazil itu hadir pada minit ke-49 dan itu bermakna Melaka United
berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas lima perlawanan.
Kali terakhir skuad kendalian
Zainal Abidin Hassan melakar kemenangan ketika menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di
laman sendiri pada 3 Mac lalu. -SUMBER UTUSAN ONLINE 21 April 2019 10:48 PM