Khamis, 24 Mei 2018

'Mujur ada Apek...'

'Mujur ada Apek...'
MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID 13 MEI 2018
'Mujur ada Apek...'
Aksi tangkas Apek di Ipoh menjadi bualan penyokong Melaka United.
PENGENDALI Melaka United, E Elavarasan mengakui ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menyelamatkan gawang menjadi penyumbang utama pasukannya berjaya mengikat Perak 0-0 di Ipoh semalam.

Ujarnya, penjaga gol berusia 29 tahun itu telah membantu dalam memperbaiki kelemahan di kubu terakhir pasukan yang sebelum ini sering menjadi lubuk gol pihak lawan ketika dikawal Zamir Selamat.


"Ya, Apek telah memberi impak yang besar dalam perlawanan ini. Walaupun Perak beraksi agresif untuk mencari gol, tetapi Apek begitu tenang mengawal kubu kami daripada dibolosi.

"Saya yakin kelemahan di barisan pertahanan sudah mula diperbaiki dengan kehadiran Apek dan pertukaran posisi beberapa tonggak pertahanan yang mana kita boleh melihat peningkatan yang besar untuk pasukan," katanya.

Bagaimanapun, Elavarasan percaya sesuatu perlu dilakukan di barisan serangan memandangkan beliau melihat penyerangnya sedikit bergelut untuk menembusi gawang pihak lawan.

"Saya akui barisan depan memang perlu diperbaiki dan kami akan terus memantau mengenai perkara ini dengan lebih dekat. Sama ada perlu melakukan pertukaran pemain atau tidak itu akan dibincangkan dengan pihak pengurusan.

"Apa pun secara keseluruhan satu mata di tempat lawan ini sudah cukup baik bagi saya untuk perlawanan pertama sebagai jurulatih," katanya lagi.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 13 MEI 2018

Sabtu, 5 Mei 2018

Apek sah angkat kaki

BharianSukanBola
Oleh Rodly Fadly
sukanteam@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Demi karier dan masa depannya, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya akur terpaksa meninggalkan Kelantan serta mencari pasukan baharu apabila pintu perpindahan kedua dibuka pertengahan bulan depan.

Khairul Fahmi atau Apek berkata, walaupun hatinya terlalu berat untuk berbuat begitu, namun dia tidak mempunyai pilihan apabila Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan khidmatnya tidak diperlukan lagi di bawah jurulatih baharu, Fajer Ebrahim.

"Rabu lalu saya menemui Presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) dan beliau mengesahkan bahawa saya tidak ada dalam perancangan jurulatih untuk baki musim ini.

"Beliau bercadang melepaskan saya dan memberitahu beberapa pasukan menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat saya.

"Sebagai pemain, saya akur dengan keputusan KAFA. Jika itu yang terbaik untuk saya dan Kelantan, saya terima dengan hati terbuka.

"Tidak guna untuk saya terus kekal bersama pasukan jika mereka sudah tidak memerlukan khidmat saya.

"Walaupun hakikatnya saya terlalu sedih serta berat hati untuk meninggalkan pasukan, namun saya perlu reda bahawa jodoh saya dengan mereka hanya sampai di sini saja," luah Apek.

Setakat ini, menurut Bibi, dua pasukan Liga Super menunjukkan minat terhadap penjaga gol berusia 29 tahun itu dengan Melaka United sudah membuat tawaran rasmi.

Walaupun Bibi tidak menamakan satu lagi pasukan dimaksudkan, namun jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel pernah menyatakan hasratnya mendapatkan khidmat Apek apabila pintu perpindahan kedua dibuka.

Menurut Apek, dia akan menimbang semua tawaran serta berbincang dengan KAFA terlebih dahulu sebelum membuat pilihan muktamad.

"Banyak perkara perlu saya teliti sebelum memilih pasukan yang mahu diwakili. Selain soal gaji dan kebajikan, saya mahu menyertai pasukan yang mempunyai mentaliti juara.

"Saya baru berumur 29 tahun, sebagai penjaga gol, perjalanan karier saya masih panjang dan saya yakin masih mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan yang bakal disertai kelak.

"Mungkin ada hikmah daripada apa yang berlaku. Siapa tahu prestasi serta karier saya akan lebih meningkat bersama pasukan baharu itu kelak," kata Apek yang mula mewakili Kelantan sejak 2009.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 27 April 2018 | 10:36am

Melaka ikat Apek 6 bulan

KHAIRUL Fahmi Che Mat. - Foto NSTP
Melaka ikat Apek 6 bulan
BharianSukanBola
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) menawarkan kontrak enam bulan terhadap penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Yusoff Mahadi berkata, tempoh itu bermula pada jendela perpindahan dibuka Isnin ini hingga hujung musim.

Beliau berkata, khidmat Khairul Fahmi atau Apek dijangka diteruskan pada musim 2019 dan akan dilanjutkan berdasarkan pesefahaman kedua-dua pihak sebaik musim ini berakhir.

"Melaka memerlukan khidmat penjaga gol ini berdasarkan pengalaman luasnya dalam kancah bola sepak tempatan dan antarabangsa.

"Walaupun kami memiliki penjaga gol Zamir Selamat yang menunjukkan prestasi membanggakan, namun masih memerlukan Apek untuk mengisi kedudukan di barisan terakhir, sekali gus meningkatkan motivasi pemain.

"Ia juga memandangkan kami ketandusan penjaga gol gantian, selain Zamir untuk mengharungi baki saingan musim ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini, Kelantan menamatkan khidmat Khairul Fahmi bagi memberi laluan kepadanya menyertai Melaka pada jendela perpindahan kedua musim ini.
Sumber-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 4 Mei 2018 | 8:19pm