Kelantan, T-Team mampu menang
walaupun dikenakan pemotongan mata
PEMAIN Pahang, Mohamadou
Sumareh dihalang oleh dua pemain Kelantan dalam perlawanan Liga Super di St
PEMAIN Pahang, Mohamadou
Sumareh dihalang oleh dua pemain Kelantan dalam perlawanan Liga Super di
Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. – Mingguan/AHMAD ZAKKI JILAN
07 Mei 2017 3:00 AM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to
TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More
KUALA LUMPUR 6 Mei - Melaka
United (MU) berjaya menghalang Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada mengulangi
skrip seperti separuh pertama Liga Super apabila mengikat juara bertahan
tersebut dengan 1-1 di Stadium Hang Jebat hari ini.
Dalam perlawanan tersebut, JDT
terlebih dahulu berada di depan setelah kapten Safiq Rahim meledak gol cantik
menerusi satu sepakan bebas pada minit ke-87.
Bagaimanapun ketika saingan
berbaki tiga minit sebelum tamat, penyerang Melaka Jeon Woo-young dari Korea
Selatan sempat menyamakan kedudukan, sekali gus menyelamatkan maruah tuan
rumah.
“Kami bermain dengan bagus dan
pemain saya mempamerkan karekter terbaik. Bertemu juara bertahan bukan mudah
namun dapat keputusan seri adalah sesuatu yang positif,” kata pengendali Melaka
Eric Williams sejurus tamat perlawanan.
Keputusan tersebut menyaksikan
skuad Harimau Selatan tetap unggul di tangga teratas liga dengan 27
mata.Sementara itu di Stadium Darul Makmur, hasrat Pahang untuk merapatkan
jurang mata dengan pendahulu liga tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada
Kelantan.
Gol-gol Pahang dihasilkan
Matheus Alves pada minit ke-69 dan 77 manakala Kelantan oleh Alessandro Celin
pada minit ke-17 serta dua gol Mohammed Ghaddar pada minit ke-72 dan 78.
Dalam satu lagi aksi, T-Team
menang selesa 3-0 ke atas Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Kelantan dan T-Team masih
berupaya mencatat kemenangan walaupun dikenakan pemotongan mata
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/woo-young-selamatkan-melaka-1.478272#ixzz4gRcIxz3m
© Utusan Melayu (M) Bhd