SKUAD Melaka United gigih
jalani latihan.
Melaka: Kekalahan pada aksi
sulung ketika kunjungan ke Kemboja tidak membimbangkan ketua jurulatih Melaka
United (MU) Eric Williams dalam misinya membentuk skuad lebih mantap.
Rombongan tujuh hari ke negara
berkenaan menyaksikan skuad bimbingannya tewas 1-3 kepada ARMY FC di Stadium
Olimpik Phom Penh dan anak buahnya menghasilkan gol sagu hati menerusi
Nurshamil Abd Ghani pada hujung aksi.
Tiga gol tuan rumah dihasilkan
Ri Hyok Chol (m-25) , Roeurm Chann (m-39) dan Ke Vannak pada minit ke-80 untuk
meletakkan skuad naib juara liga Kemboja itu selesa mendahului.
Wiliams berkata, kehadiran MU
datang ke Kemboja adalah untuk membina keserasian pemain selain menterjemah
taktikal yang akan digunakan di Liga Super nanti.
“Keputusan perlawanan tidak
penting. Apa yang lebih utama pemain mampu memberi persembahan yang terbaik
mengikut perancangan tambahan.
“Apa yang pasti, kami bertemu
lawan yang baik dan sudah biasa dengan taktikal mereka sementara kami masih
baharu digandingkan. Sudah pasti banyak perkara yang perlu diperbaiki,”
katanya.
Malah, beliau tidak meletakkan
kesebelasan utama dalam perlawanan berkenaan sambil pemain tengah Omid Nazari
baru pulih daripada keracunan makanan.
Katanya, tahap kecergasan
pemain itu juga belum memuaskan dan perlu mengambil sedikit masa untuk berada
pada situasi terbaik.
Baginya, beliau akan melakukan
rombakan pada baki perlawanan persahabatan menentang Cambodian Tigers selepas
ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 5:04 AM